Sunday 18 November 2012

Alhamdulillah

Assalamualaikum kepada semua. Salamm sejahtera pada follower yang bukan muslim. *ade plakk la orang nak follow blog aku kan? Hehe..*

Pertama sekali, saya ingin memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah kerana memberikan kurniaan yang tidak terhingga kepada hambaNya ini. Manakan tidaknye, Allah masih lagi mengirimkan perkhabaran gembira kepada aku, hambanya yang jarang sekali memikirkanNya. Sapa yang tak bersyukur kan? Takpelah. Mudah-mudahan Allah sentiasa menetapkan iman aku kepadaNya.

Ape yang Nad nak ceritakan hari ni bukanlah sesuatu yang penting pon untuk tatapan semua. Cumalah bingkisan dan coretan yang meluahkan isi hati yang sedang dalam kegembiraan kerana masih menerima limpahan kurnia dan rahmat yang tak terhingga.

#Nad pernah cerita kan yang nad minat kat sorang mamat ni? Ok, let's make it simple, kite cerita part yang menarik je ok?#


Al-Kisah nye... 

Nad ni cuti hari Ahad.. So, Nad decide nak pergi kedai mamat ni. Kedai mak dia sebenarnye. So, nak makanlah breakfast kat sana kan! so makanlah bersama dengan beliau dan emaknya..*ok nasi lemak mak die memang superrbbbbb!*

Lepas je makan, mamat ni mintak tolong temankan die pergi cuci kereta. Die pesan kat Nad yang die tunggu kat parking bawah sekali sebab Nad parking kat atas. Sampai je kat bawah, die naek kereta Nad and mintak hantar kat kereta die..*jauh katenyer. so Nad pon tompangkanlah tanpa memikirkan apa-apa*

Then dia transfer ke kereta dia and, before keluar dari kereta Nad die cakap "I ada something nak cakap dengan you. Later I cerita.." Dah bawak kete sendiri so, Nad follow lah dari belakang. Alang-alang tu, terus jelah basuh kereta tu sekali kan. *sambil menyelam minum ayaq; kata orang Penang*

So, masa dah sampai tu kitorang dok lepak lah sambil tunggu 'hero Nepal' tu basoh kan kereta. Then die pon start cakap balek ape yang dia nak cakap tu. *Nad memang dah lupa dah pasal dia cakap nak bagitau something tu* Tapi takpelah, Nad pon mendengar je dengan sepenoh hati.



ok, ni antara apa yang diluahkan ketika itu :

you, i nak bagitau you something. benda ni i baru habis bincang dengan my mum. You taukan umor nenek i dah berapa. Umor my mum pon dah berapa. So, i think.. I need someone to be with me by my side, for the rest of my life.
-dalam hati aku : ape kene mengena hal dia ngan aku? Then die sambung balek...

 I think it's time for me to be serious. I redho dengan semua benda ni. Nenek i suka sangat dengan u.. Mak i pon sukakan u and nak dekat u. So, I rasa happy yang diorang selesa dan suka kan u. I pon suka kan u and I harap u boleh terima semua ni. InsyaAllah, by next year, I mintak mak I pergi merisik u. 


Ya Allah! sapa lah yang tak teruja dan gembira kan? Perkara yang paling dinanti-nantikan oleh seorang perempuan dalam hidupnya akhirnya termakbul juga. Berderai air mata Nad saat mendengarkan khabar gembira tu. Empat tahun sendirian menyemai kasih sayang akhirnya terbalas juga. Takda kata lain yang dapat Nad ucapkan sebagai tanda syukur kepada Allah selain Alhamdulillah.


Tanggal 11 November 2011, tepat jam 2 petang. Seorang insan yang paling Nad sayang dan suke selama ni akhirnya menyatakan hasratnya untu menjadi sebahagian dari hidup Nad. Janji Nad, Nad akan sayangkan kamu sepenuh hati Nad! Terima kasih sayang sebab terima Nad. Nad sayangkan kamu! Semoga jodoh kita berkekalan dan penuh dengan keredhaan dan barakah dari Allah dan kedua keluarga kita. Nad sayang kamu!



Walaupon bersaksikan Nepal dan carwash centre, Nad tetap happy. Thank you Allah!

No comments:

Post a Comment