Tuesday 11 October 2011

Seandainya....

Seandainya...
engkau milikku, aku berjanji bahawa kaulah insan yang paling aku hargai..akan ku jaga kau bagai sebutir permata yang begitu berharga, akan ku turuti segala apa yang kau pinta, dan akan ku bahagiakan hari-harimu dengan senyum tawa nan indah.


seandainya..
engkau memiliki hatiku, kelak kau jagalah ia sebagaimana kau menjaga hati kedua orang tuamu, janganlah engkau menyakitinya sepertimana engkau tidak mahu hatimu di sakiti, dan kau siramilah hatiku ini dengan kasih sayangmu yang melimpah.. kau bimbinglah hati ini ke jalan yang diredhai-Nya dan kau sematkanlah hatiku di dalam hatimu selama hayatmu di kandung badan..

seandainya
hatimu terluka dan terseksa, kau ingatlah bahawa aku sentiasa ada bagi merawat lukamu, aku sentiasa bersiap menjadi penawar pengubat rindumu.  dan aku bersedia menjadi pelindung kelukaan hatimu itu..

seandainya..
hatiku kau lukai, kau rawatlah ia dengan kegembiraanmu. kau sinarilah hari-hariku dengan khabar indah mu, dan kau tenangkanlah hatiku dengan kebahagiaan yang kau kecapi bersama mereka yang kau kasihi.. 


KERANA SESUNGGUHNYA...

kesedihanmu adalah tangisan buatku, 
tangisanmu adalah kedukaan buatku..
kedukaanmu adalah luka buatku..
lukamu adalah keperitan buatku...

DAN..
kebahagiannmu adalah kebahagiaan buatku..


ikhlas,
Sang Pencinta Setia



 




No comments:

Post a Comment